15/11/2020- AHAD
Setelah 8 bulan halia di tanam,wow, cabarannya bukan sikit. Yang pertama 300 polibeg diserang Fusarium. Boleh dikatakan 98% daripada 300 polibeg mati. Ada yang ok bila letak kapor. Ada hidup jugak seperti biasa.
Hujan makin banyak di Kedah sekarang. Tanpa Rumah Pelindung Hujan(RPH) memang masalah besar untuk halia tambahan pula medium adalah sekam bakar. Tempoh memegang air adalah lebih lama. Jadi stop drip baja dulu. Jangan bagi basah sangat. Tu belum cerita Penyakit Bintik Daun. Sekarang fasa bertahan untuk 2 bulan sahaja lagi sebelum harvest.
Sembur racun kulat dan folia sahaja sekarang. Sedang berusaha untuk buat RPH. Dengan cuaca di Kedah yang agak ketara ni, dalam tempoh tumbesaran halia tua, RPH mesti ada. Doakan ia menjadi kenyataan.
Try harvest bulan 8 ari tu, untuk halia muda.. oklah.. try market.. jual 20 kilo. satu polibeg lebih kurang 2 kilo je.. Jauh lagi ni perjalanan..