Sunday, 15 November 2020

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Awalan
Blog in diwujudkan sebagai satu rekod bentuk rekod untuk penanaman halia bentong menggunakan kaedah fertigasi. Ini adalah usaha kami yang kedua kali apabila pada Januari 2019, kami telah memulakan prrojek tanaman halia bentong ini. Bermula dengan 1000 polibeg semuanya berjalan lancar dengan halia tumbuh dengan subur. Masuk bulan April, cuaca di Kedah berubah dengan hujan yang turun setiap hari. Kurang pengetahuan berkenaan kulat telah menyebabkan medium tanaman halia menjadi terlalu lembap. Kulat telah menyerang umbisi menyebabkan pokok menjadi kuning, layu dan seterusnya mati. Ditambah pula dengan serangan tikus. Tikus menggigit batang halia. Dalam tempoh semalaman sahaja 2 baris polibeg (lebih kurang 80 polibeg sebaris) tinggal tunggul. Pemantauan dari pihak kami juga terhad disebabkan suami kena bertukar ke KL. Akhirnya semua tanaman tidak dapat diselamatkan. Sayu hati.

Halia Bentong Tualang 2020

Kami bangkit semula di tahun 2020 kerana semua peralatan masih ada. Setup tempat baru iaitu di tepi rumah dengan keluasan 40 X 60. PKP 2020 digunakan sepenuhnya untuk projek ini. 

Persediaan tapak dengan penyusunan polibeg sedia ada.


Tapak yang telah siap.


Penanaman kali ini menggunakan 2 kaedah. Direct seeding dalam polibeg dan semaian

Tarikh Pertama semai : 21/3/2020
Mat & polibeg guna yang lama
Medium : Sekam bakar
Jum. polibeg 1287



No comments:

Post a Comment